“Harapan aku terhadap ekonomi Malaysia”

February 21, 2012 in ARTIKEL, Coretan Pembaca

Perkataan “Berjimat cermat” sememangnya sinonim bagi mana-mana ratyat malaysia yang pernah bergelar student IPTA dan IPTS.  Nak beli buku rujukan  kena berjimat cermat, maka buku Fotosfat  menjadi pilihan kerana harganya  4 atau 5 kali lebih murah berbanding dengan nilai harga buku “Original”. Nak beli makan pun begitu juga dan Kreteria makanan yang sememangnya utama sekali dinilai adalah sedap dan murah.

Cerita peredaran masa dan harga barangan.

Bila bercakap mengenai makanan. Teringat saya sewaktu diploma dahulu (2004-2007). Sejimat- jimat saya pada waktu itu  nilai wang yang saya belanjakan untuk makanan untuk sehari adalah RM5, bukan untuk sekali makan tetapi 2 kali makan. Selain itu setiap semester dalam account saya terdapat baki hampir RM 1000 yang mana kemasukkan PTPTN setiap semester adalah RM2500 dan selepas ditolak yuran dan  bakinya RM2000.

Tetapi amat beza dengan waktu sekarang di UPM (2012), berjimat mana sekelipun untuk 2 kali makan dalam sehari, saya terpaksa berbelanja sekurang-kurangya RM10. Kesannya  pada budget saya untuk setiap semester adalah negatif. Maka untuk mengimbangi nilai negatif  tersebut menjadi positif, berhutang pada rakan-rakan menjadi jalan terakhir setelah segan berulang kali minta pada mak ayah. Padahal nilai bantuan PTPTN sekarang  untuk setiap semester setelah ditolak yuran adalah RM2000, sama seperti  5 tahun lepas sewaktu saya diploma  dahulu. Renung-renungkan


Ibu bapa dahulu fikiran tenang dan aman, ibu bapa sekarang fikirannya tegang dalam kecelaruan.

 Masih segar lagi dalam ingatan saya diwaktu zaman sekolah rendah dahulu. Menjelang sahaja  petang, saya suka datang ke rumah kawan-kawan bermain guli, tak pun main gasing. Saya tak pasti zaman sekarang budak-budak di kampung masih bermain lagi permainkan-permainan sebegini atau tidak. Tetapi apa yang saya perasan rata-ratanya adik beradik rakan saya seramai (5-8 orang) dan hanya si bapa yang bekerja  manakala si Ibu pula menjadi suri rumah sepenuh masa (senario ini karap dilihat pada penjawat awam seperti polis, bomba ,tentera dan sebagainya). Secara kasarnya boleh ditafsirkan pada waktu itu seorang bapa sudah cukup untuk menyara satu keluarga yang agak ramai juga tanggunganya . Justeru amat jarang sekali dihebahkan di media masa dan media cetak kes-kes penceraian ibu bapa  pada zaman itu

Berbeza keadaanya dengan Ibu bapa zaman sekarang. Ibu dan bapa terpaksa bekerja dan ada ketikanya si bapa terpaksa buat 2 hingga 3 jenis pekerjaan sambilan untuk menambahkan pendapatan. Maka baru cukup untuk menyara segala keperluan keluarga  dan ini tempias dari taraf hidup yang semakin meningkat serta harga barang yang naik mendadak dalam tempoh masa yang singkat. Trend bekerja sebegini mewujudkan kesan sampingan  apabila sering kali kita baca dalam dada akhbar dan Televisyen kes-kes penceraian kerap kali dilaporkan akibat dari taraf hidup yang semakin meningkat, desakan hidup yang semakin hebat, anak-anak yang kurang perhatian ibu bapa yang banyak waktu dirumah bersama anak-anak telah diambil untuk bekerja lebih masa serta tekanan emosi dan perasaan akibat perahan tenaga untuk bekerja di luar dari kemampuan tubuh badan.


Perbezaan kerajaan moden kini degan kerajaan Islam silam.

Suasana dia atas adalah petanda yang tidak baik bagi Negara yang ingin mencapai Negara maju sebelum tahun 2020 dan hakikatnya ratyat kebanyakkannya hidup dalam tekanan akibat dari kos hidup yang semakin meningkat. Manamungkin untuk mencapai Negara  berstatus maju tetapi dalam waktu yang sama 2 hingga 3 kerja terpaksa dilakukan oleh ratyat dalam satu masa untuk menyara hidup keluarga. Ini sesuatu yang tak kena sedang berlaku dalam soal mengurus takbir Negara ini.

Suka saya menjadikan kerajaan khalifah Umar Abdul Aziz sebagai kerajaan contoh teladan sepanjang zaman kerana di zamanya. Antara langkah-langkah yang diambil untuk mengurus cekap hasil bumi serta dana negara bagi memastikan kesejahteraan serta taraf hidup rakyat pada masa itu terbela adalah:

  1. merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal
  2. memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah.
  3. mengambilberat tentang kebajikan rakyat miskin di mana Khalifah juga telah menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan.
  4. Lambakkan Baitulmal digunakan untuk menikahkan bujang-bujang yang tidak mampu berkahwin

Harapan pemuda-pemudi yang bergelar Mahasiswa.

Soal ingin bagaimana untuk membagunkan serta mengurus negara dengan cekap sememangnya di luar kapasiti kami, bagaimanapun kami adalah pewaris-pewaris yang bakal menduduki dan mewarisi negara tercinta ini serta kesinambunganya akan berterusan hingga ke genarasi-generasi akan datang. Jestru  keharmonian dan kazanah negara ini akan terpelihara dan terbela jika ia diurus bebas dari ketirisan, rasuah, kronisme serta napotisme oleh golongan-golongan atasan serta pemerintah.

Intipati apa lagi yang patut kita ambil dan contohi jika inti pati itu bukan datang dari Rasulullah serta khilafah-klilafah islam yang hebat diwaktu silam. Mereka ini insan yang menjadi buah mulut manusia sepanjang zaman dan yang pastinya insan-insan ini tidak lupa daratan bahkan menghadirkan Allah dalam setiap tindakan  serta tidak bertindak melulu menurut nafsu walaupun kuasa negara hanya berada pada gengaman mereka.

-Aziz-

*Surat dari pembaca kepada admin yang hanya mahu dikenali sebagai Aziz. Terima kasih atas nukilan yang dikirimkan. Kepada yang mahu menyumbang nukilan atau karya anda boleh emailkan pada pmiupm.news@gmail.com

PERINGATAN: pmiupm.net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi kiriman pembaca dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. 

Facebook Comments

comments

Powered by Facebook Comments